Carian
KL Startup Summit 2024 Akan Dianjurkan Pada Julai Bagi Memperkasa Startup Anda
June 28, 2024 Amy Maizuraa

Penganjuran KL Startup Summit 2024 (KLSS 2024) di Asia School of Business Kuala Lumpur pada 17 Julai ini dilihat akan memperkasa ekosistem syarikat startup di negara ini. Lantas mewujudkan peluang baharu kepada semua pihak untuk mendapatkan akses kepada pengetahuan keusahawanan, berhubung dengan para pelabur, rakan kongsi dan sebagainya.

KLSS 2024 yang bertemakan ‘Innovate for Impact’ ini akan menampilkan ahli panel daripada pelbagai latar belakang dengan enam slot utama iaitu Building an Ecosystem, Funding Landscape in 2024, Unleashing Artificial Intelligence, Innovation in Fintech, Corporate Innovation & Startups dan Influencing Your Audience. Antara individu terlibat ialah dari syarikat seperti Cradle, Endeovor Malaysia, Paynet, NEXEA Group, Amanz Media dan banyak lagi. Kesemua ahli panel akan berkongsi pengalaman dan pandangan mereka tentang ekosisistem startup yang sedang berkembang dalam bidang kepakaran masing-masing. Pada masa sama, peserta turut akan mendapat maklumat mengenai segala penyelesaian yang diperlukan untuk menaiktaraf perniagaan supaya dapat berkembang ke tahap yang lebih baik.

Program ini turut mendapat sokongan dan kerjasama daripada pelbagai pihak termasuk melalui kolaborasi sesama agensi kerajaan serta industri. Kemudian diselitkan juga dengan pelbagai aktiviti dan sesi bengkel masterclass yang menarik. Ini adalah peluang yang baik untuk para peserta berhubung, bertukar-tukar idea dan berinteraksi dengan yang lain secara aktif sambil meningkatkan kesedaran jenama masing-masing. Akhirnya, membawa kepada teknik pemasaran yang lebih menguntungkan.

Harga tiket penyertaan bermula RM149 dan RM299 untuk para startup. Sementara itu, tiket untuk para pelabur pula berharga RM399. Pihak penganjur turut menyediakan ruang khusus pameran untuk sewaan yang berharga RM2,000 yang juga termasuk dua tiket akses untuk startup diberikan bersama. Sila layari laman web rasmi KL Startup Summit 2024 untuk butiran lebih lanjut.

Komen