Carian
Honor Magic V3 Diacah, Lebih Nipis Berbanding Magic V2
June 28, 2024 Fahim Zahar

Tahun lepas, Honor Magic V2 adalah telefon lipat paling nipis dunia dengan ketebalan 4.7mm apabila dibuka dan 9.9mm apabila ditutup. Baru-baru ini, Honor telah mengacah Magic V3 yang dikatakan akan menjadi lebih nipis berbanding sebelumnya.

Honor tidak mendedahkan ketebalan telefon lipat baharu mereka tetapi di dalam poster acah mereka bertanya “Bolehkah peranti dengan skrin lipat menjadi lebih nipis dan ringan?”. Jika dilihat imej Magic V2 dan Magic V3, ia benar-benar lebih nipis sehingga mendatangkan tanda tanya adakah ianya praktikal dan bagaimana pula dengan ketahanannya?

Sama-sama kita nantikan peperangan peranti mercu paling nipis kerana Apple juga dilaporkan ingin menjadikan iPhone 17 lebih nipis. Apakah pendapat anda dengan peranti yang sangat nipis dan ringan?

Komen