Carian
Pelanggan YouTube Premium Kini Boleh Tonton Shorts Dengan Mod Gambar Dalam Gambar
June 28, 2024 Fahim Zahar

Dengan langganan YouTube Premium, anda bukan sahaja dapat menonton video bebas iklan tetapi turut dapat menikmati banyak ciri dan fungsi eksklusif yang menarik. Antara yang baru diperkenalkan adalah video YouTube Shorts kini boleh dimuat turun untuk tontonan luar talian. Baru-baru ini, YouTube membawakan ciri menonton Shorts dalam mod gambar dalam gambar pula.

Mod gambar dalam gambar atau PiP (Picture-in-Picture) sudah lama ditawarkan kepada pelanggan YouTube Premium untuk video biasa. YouTube ingin pengguna boleh menonton Shorts sambil melakukan kerja lain pada peranti agar tidak lalai kepada satu aplikasi sahaja. Ciri ini sayang sekali terhad untuk pelanggan YouTube Premium yang menggunakan peranti Android sahaja.

Ciri lain seperti Jump Ahead dan Conversational AI turut ditawarkan tetapi khusus untuk pengguna di Amerika Syarikat sahaja. Ciri lain yang pengguna Malaysia boleh uji adalah antaramuka baharu. Saya sedari ciri menonton Shorts dengan mod gambar-dalam-gambar ini sudah tersedia untuk beberapa minggu, ketika artikel ini ditulis anda sepatutnya sudah boleh menggunakannya.

Komen