Carian
Apple Vision Pro Mula Dijual Secara Rasmi Di Empat Pasaran Baharu Hari Ini
June 28, 2024 Effi Saharudin

Apple Vision Pro mula dijual secara rasmi di China, Hong Kong, Jepun, dan Singapura hari ini. Ia sebelum ini hanya dijual secara rasmi di Amerika Syarikat sejak Februari. Akibatnya set kepala yang diimport dijual semula pada harga mencapai RM24,000 sepasang.

Sambutan awal untuk Vision Pro adalah amat memberangsangkan tetapi mula dingin selepas beberapa bulan. Antara komen yang diberikan ialah harga jualan terlalu tinggi, kurangnya aplikasi menarik dan set kepala yang terlalu berat untuk digunakan untuk tempoh yang lama.

Di WWDC yang berlangsung beberapa minggu yang lalu, beberapa ciri baharu diperkenalkan seperti skrin maya lebih gergasi, dan kemampuan mengubah gambar 2D menjadi gambar 3D spatial. Kepada mereka yang ingin membeli Vision Pro di Malaysia, kemungkinan besar Vision Pro akan dijual secara rasmi di Malaysia adalah sangat tinggi kerana Apple The Exchange TRX baru sahaja dibuka.

Komen