Carian
ChatGPT Dilihat “Berhalusinasi” Dengan Pautan Palsu Untuk Sumber Artikel
June 28, 2024 Aman

Kita sedia melihat ChatGPT dan pelbagai kecerdasan buatan generatif lain menjana jawapan yang silap dan salah, sekaligus ramai melabelkan model-model kecerdasan buatan ini berhalusinasi. Terbaru, melalui ujian yang dilakukan Nieman Lab, ia turut memperlihatkan yang mana ChatGPT turut tidak membawa pengguna ke pautan rujukan yang tepat bagi sesuatu artikel.

Ujian berkenaan memperlihatkan ChatGPT menjana URL berkenaan walaupun URL berkenaan tidak wujud. Masalah ini juga turut timbul melibatkan rakan-rakan pelesenan ChatGPT, dimana pautan yang dihasilkan tidak wujud dan membawa kepada laman 404.

Ia dilihat pihak OpenAI tidak menjawab berkenaan dengan penjanaan pautan palsu ini, sebaliknya hanya mengatakan mereka sedang membangunkan pengalaman yang menyatukan berita terkini bersama kaedah interaksi berasaskan perbualan pada platform mereka.

Namun, perkara ini salah satunya membawa kepada sebuah masalah besar dimana bukan sahaja jawapan yang dihasilkan kadang-kala tidak tepat dan salah, dan kini pautan rujukan yang diperlihatkan juga adalah hanya janaan dan tidak wujud.

Jadi, anda yang kerap menggunakan kecerdasan buatan ini, mungkin perlu menyemak jawapan yang dijana berkali-kali sebelum bergantung kepadanya.

Komen