Carian
Syarikat Induk RinggitPlus Mengambil-Alih CompareHero
June 28, 2024 Aman

Syarikat induk disebalik platform perbandingan perkhidmatan kewangan, RinggitPlus iaitu Jirnexu, hari ini mengumumkan mereka akan mengambil-alih CompareHero. Proses pengambil-alihan ini dijangka selesai pada awal Julai 2024 kelak.

Pengambil-alihan CompareHero dijangka akan terus mengukuhkan kedudukan Jirnexu dalam arena kewangan di Malaysia, sekaligus memudahkan lagi akses dan perbandingan antara perkhidmatan kewangan dengan mudah. Ia juga dijangka akan memberikan capaian pasaran lebih luas berbanding sebelum ini.

Dibawah perjanjian pengambil-alihan ini juga, MoneyHero Group – syarikat induk sebalik CompareHero sebelum ini akan mendapatkan sedikit pegangan ekuiti pada Jirnexu.

RinggitPlus dan CompareHero akan terus beroperasi sebagai jenama berasingan buat masa ini, tetapi teknologi dan kelebihan masing-masing dijangka akan saling dintegrasikan dalam terus mengukuhkan penawaran produk.

Komen