Carian
Ini Sebab Mengapa HUAWEI MatePad 11.5”S Edisi PaperMatte Menjadi Pilihan Terbaik Dalam Kelasnya
June 29, 2024 Farah Izzati

Sebagai seorang pekerja, pasti anda tahu bahawa peningkatan dalam produktiviti kerja amatlah penting. Ini adalah kerana ia dapat memperkemaskan aliran kerja dan juga membenarkan anda untuk melakukan tugasan dengan lebih cepat dan efisien. Dalam makna kata yang mudah, anda dapat menjimatkan masa ketika melakukan sesuatu kerja dan seterusnya beralih kepada kerja yang lain. 

Memahami perihal itu, kini HUAWEI datang dengan sebuah tablet yang semestinya dapat meningkatkan produktiviti kerja anda. Malah, dalam masa sama mempunyai pelbagai lagi ciri menarik yang anda boleh manfaatkan semaksimum mungkin. Tablet apakah itu? Ayuh baca sehingga ke penghujung artikel.

Kini Hadir Dengan Paparan PaperMatte Yang Baharu

Jika anda tahu tentang versi HUAWEI MatePad yang terdahulu, pasti anda sudah biasa dengan terma “skrin anti-silau”. Kali ini, HUAWEI MatePad 11.5”S juga dilengkapi dengan skrin anti-silau yang sudah ditambah baik oleh HUAWEI. 

HUAWEI MatePad 11.5”S ini didatangkan dengan skrin anti-silau dan anti-pantulan yang dikuasakan oleh teknologi Magnetically-Controlled Nano Optical Layer dimana ia mempunyai pelbagai lapisan yang mampu mengurangkan pantulan cahaya dengan ketara. Ia juga meningkatkan transmisi cahaya untuk memberikan anda paparan yang lebih jelas ketika digunakan di luar. Malah, dengan skrin jenis PaperMatte ini, ia boleh membantu untuk mengurangkan silau dan pantulan sehingga 60% demi memastikan anda dapat menggunakannya dengan baik dalam jangka masa yang lama.

Bukan itu sahaja, visual dan warna yang dihasilkan oleh tablet ini juga mirip seperti dilihat diatas kertas. Ini adalah kerana tablet ini menggunakan algoritma pemetaan warna ekslusif dimana ia mengambil warna yang dipaparkan pada tablet (RGB) dan melaraskannya agar lebih sepadan dengan warna yang digunakan dalam percetakan (CMYK). Dengan ini, ia sedikit sebanyak mampu mengurangkan ketegangan mata ketika menggunakannya sekaligus menjadikan pengalaman membaca lebih menyeronokkan.

Tambahan lagi, pada zaman sekarang semakin ramai yang harus menghadap skrin dalam waktu yang lama kerana perlu menyiapkan pelbagai tugasan kerja. Ini semestinya akan menyebabkan ketidakselesaan pada mata. Oleh itu, skrin HUAWEI MatePad 11.5” ini didatangkan dengan 4 pengiktirafan untuk perlindungan mata seperti SGS Low Visual Fatigue Premium Performance Certification, TÜV Rheinland Reflection-Free Certification, TÜV Rheinland Low Blue Light (Hardware Solution) Certification dan TÜV Rheinland Flicker-Free Certification. Dengan ini, ia dapat memastikan mata anda tetap selesa tidak kira masa ketika menggunakannya.

Serlahkan Kreativiti Anda Melalui Aplikasi Go Paint

Seterusnya, HUAWEI MatePad 11.5”S ini juga dilengkapi dengan aplikasi lukisan daripada HUAWEI sendiri yang dikenali sebagai Go Paint. Jika sebelum ini anda pernah menggunakan aplikasi lukisan yang lain, ini merupakan peluang yang baik untuk anda beralih kepada aplikasi Go Paint pula. Mengapakah kami mengatakan sebegitu? Ia adalah kerana Go Paint menawarkan pengalaman melukis pada taraf yang lebih baik. 

Antara kelebihan yang ditawarkan pada Go Paint adalah ia menawarkan lebih daripada 100 jenis berus yang sudah di prapasang dan anda juga boleh mencipta berus sendiri dengan keunikan berbeza sehingga lebih daripada 70 jenis berus. Buat pengetahuan anda, HUAWEI telah berkolaborasi bersama China Academy of Art (CAA) untuk memperhalusi lagi berus-berus ini pada tahap professional dan ianya juga menawarkan pilihan berus seperti Ink Wash, Oil Painting dan berus warna air yang pelbagai jenis.

Bukan itu sahaja, jika anda pernah menggunakan pelbagai aplikasi lukisan pasti anda sudah tahu berapakah had lapisan yang dibenarkan. Menariknya di Go Paint ini anda boleh menetapkan sehingga 320 lapisan dimana ianya adalah 15% lebih banyak berbanding aplikasi lukisan yang lain. Dengan jumlah lapisan yang ditawarkan ini, ia dapat membenarkan anda untuk menghasilkan lukisan yang lebih kompleks dan juga lebih terperinci. Digandingkan pula dengan cip HUAWEI Kirin 9000 WL semestinya membolehkan anda untuk melukis dengan lebih lancar tanpa ada masalah.


Apa yang lagi menarik adalah jika anda memiliki sebuah tablet HUAWEI MatePad 11.5”S ini, anda bakal dapat menggunakan Go Paint ini secara percuma dan mendapat akses penuh untuk aplikasi ini. Tambahan lagi, berita baik buat anda yang merupakan seorang pengguna tangan kidal, anda boleh menukar kepada mod tangan kiri untuk memastikan anda dapat melukis dengan lebih selesa dan seterusnya menghasilkan lukisan yang luar biasa. Malah, aplikasi ini juga menawarkan lebih dari 8 sokongan gerak isyarat dan pintasan termasuklah fungsi undo dan redo.

Didatangkan Bersama Smart Office Untuk Kerja Yang Lebih Efisien

Demi memastikan anda dapat meningkatkan produktiviti harian terutamanya ketika membuat kerja, HUAWEI MatePad 11.5”S menawarkan pengalaman penggunaan yang lebih baik menerusi dua akesesori yang dikuasakan oleh teknologi Nearlink iaitu HUAWEI M-Pencil Generasi ke-3 dan juga HUAWEI Smart Magnetic Keyboard. 

Dimulakan dengan HUAWEI Smart Magnetic Keyboard terlebih dahulu, papan kekunci ini boleh digunakan dalam pelbagai bentuk mengikut kesesuaian anda ketika membuat kerja. Antara cara yang boleh digunakan adalah seperti Laptop Form, Split Form dan juga Studio Form. Dengan ini ia seterusnya dapat memberikan anda pengalaman yang berbeza ketika menggunakannya. Seperti contoh, jika anda menggunakan cara Laptop Form, anda boleh menggunakan tablet seperti memakai komputer riba.

Seterusnya untuk HUAWEI M-Pencil Generasi ke-3 ini pula, ia membolehkan anda untuk menulis mahupun melukis dengan lebih lancar kerana ia mempunyai kadar pendam (latency) yang rendah. Menurut HUAWEI lagi, tablet ini tetap dapat mengesan gerakan arah HUAWEI M-Pencil walaupun anda menulis diatas 20 keping kertas. Ditambah pula dengan skrin jenis PaperMatte semestinya dapat memberikan anda pengalaman yang sama seperti menulis di atas kertas fizikal.

Bukan itu sahaja, HUAWEI Matepad 11.5”S Edisi PaperMatte ini juga dilengkapi dengan WPS Office bertaraf PC. Kini, ia mempunyai 5 ciri yang utama iaitu menawarkan antaramuka seperti PC, interaksi antara papan kekunci dan tetikus, PivotTable, memasukkan formula dan terakhir sekali garis grid dan pembaris. Buat pengetahuan anda, HUAWEI MatePad 11.5”S ini merupakan tablet yang pertama menggunakan fungsi Formula Insertion ke dalam Excel. Malah, anda juga boleh membuka pelbagai dokumen dalam satu masa menggunakan WPS Writer. Ditambah lagi dengan kapasiti bateri 8800mAh, ianya boleh meningkatkan produktiviti dengan penggunaan yang berpanjangan.

Dilengkapi Dengan HUAWEI Notes

Jika anda pernah menghadapi masalah untuk mencari semula intipati mesyuarat, HUAWEI Notes merupakan jalan penyelesaiannya. Ini adalah kerana anda boleh merakam audio sambil menulis nota di HUAWEI Notes. Setelah itu, anda boleh memainkan audio semula dan dalam masa yang sama, nota akan bergerak seiring dengan audio yang dimainkan. Dengan ini, tiada lagi alasan untuk terlepas isi penting ketika mesyuarat nanti. Aplikasi HUAWEI Notes ini juga membolehkan anda untuk menggunakan gerakan isyarat dan pintasan seperti 2 jari untuk undo dan 3 jari untuk redo.

Kesimpulan

Kesimpulannya, tidak dinafikan lagi bahawa HUAWEI MatePad 11.5”S Edisi PaperMatte ini sememangnya sebuah peranti yang berbaloi untuk anda dapatkan. Bukan sahaja ia mampu meningkatkan produktiviti kerja harian anda, ia juga mampu melancarkan proses kerja anda dengan lebih efisien melalui penggunaan aksesori HUAWEI M-Pencil Generasi ke-3 dan HUAWEI Smart Magnetic Keyboard dimana kedua-duanya dikuasakan oleh Nearlink. Ditambah lagi dengan skrin PaperMatte yang telah ditambah baik, semestinya mampu memberikan anda pengalaman penggunaan yang lebih selesa dalam jangka masa yang lama. Tidak berhenti disitu sahaja, peranti ini juga dilengkapi dengan cip HUAWEI Kirin 9000 WL yang menjanjikan pengalaman penggunaan yang lancar dan turut menawarkan aplikasi Go Paint secara percuma kepada semua pengguna.

Jadi jika anda berminat untuk mendapatkan HUAWEI MatePad 11.5”S Edisi PaperMatte ni, anda boleh mendapatkannya pada harga RM2,499 sebuah. Dengan setiap pembelian tablet ini, anda akan berpeluang untuk dapat hadiah percuma yang bernilai sehingga RM2,046 termasuklah HUAWEI Smart Magnetic Keyboard dan HUAWEI M-Pencil Generasi ke-3 dimana kedua-duanya dikuasakan oleh Nearlink. Bukan itu sahaja, anda juga boleh mendapatkan HUAWEI Mouse, HUAWEI Freebuds 5i dan juga baucar yang bernilai sehingga RM200 sementara stok masih ada.

Penafian: Advertorial ini daripada HUAWEI Malaysia.

Komen