Carian
Ketua Microsoft AI Beranggapan Semua Kandungan Di Web Boleh Digunakan Untuk Melatih AI
June 29, 2024 Aman

Ketua untuk Microsoft AI, iaitu Mustafa Suleyman melalui sebuah temuramah, kini menyatakan sebarang kandungan yang telah diterbitkan di web atau berada di web, ia adalah bebas untuk digunakan dan disalin semula oleh sesiapa – termasuk untuk melatih model kecerdasan buatan.

Menjawab mengenai soal temuramah berkenaan penggunaan kandungan, Mustafa Suleyman menyatakan sejak tahun 90-an, kontrak sosial adalah kandungan yang diterbitkan di web terbuka adalah bebas digunakan dalam bentuk “freeware”. Ini sekaligus memperlihatkan semua kandungan di web adalah bebas untuk digunakan bagi melatih kecerdasan buatan, dan menjana kandungan melaluinya.

Ini boleh dianggap berbeza dengan anggapan ramai pihak, terutamanya penerbit kandungan. Walaupun kandungan bebas digunakan, ia bukanlah untuk menghasilkan pesaing atau yang boleh memberikan impak kepada pihak penerbit awalnya. Ia berbeza dengan sejumlah penyedia perkhidmatan kecerdasan buatan janaan yang dilihat “mencuri” kandungan dan membawa kepada impak bagi penerbit kandungan asal.

Sebelum ini, beberapa penerbit telah memfailkan sama ke atas Microsoft dan OpenAI, disebabkan salah guna penggunaan kandungan. Jawapan yang diberikan oleh Mustafa Suleyman ini juga membawa kepada sejumlah persoalan lain berkaitan bagaimanakah syarikat-syarikat memfokuskan kecerdasan buatan ini beroperasi dalam melatih kecerdasan buatan masing-masing.

Komen