Carian
Kadokawa, Shueisha, Square Enix Melabur Pada Firma AI Memfokuskan Terjemahan Manga Di Jepun
June 29, 2024 Aman

Jepun sedia terkenal dengan penawaran manga yang turut diadaptasi menjadi anime. Terbaru, sejumlah penerbit manga terkemuka di Jepun melabur pada firma kecerdasan buatan memfokuskan kepada terjemahan manga, Mantra.

Antara firma yang melabur pada Mantra ini adalah termasuk Kadokawa, Shuesiha, Shogakukan dan juga Square Enix Holdings. Sebanyak 780 juta Yen dilaburkan pada Mantra oleh gabungan syarikat ini.

Mantra menggunakan keupayaan pengecaman gambar dalam mengenal-pasti teks pada manga, dan seterusnya melakukan terjemahan. Manga kadang-kala sukar diterjemah disebabkan oleh konteks dan perwatakkan. Mantra cuba menyelesaikan perkara ini melalui sokongan kecerdasan buatan dan pengecaman gambar. Terjemahan yang dilakukan juga seterusnya akan ditambah-baik oleh penterjemah manusia.

Perkhidmatan Mantra sedia digunakan oleh beberapa pihak, termasuk dalam menterjemah karya “One Piece” dan “Spy x Family” ke bahasa Vietnam. Walaupun kini usaha terjemahan berkenaan bergerak lebih pantas, namun terdapat syarikat manga menyasarkan untuk pengenalan episod atau manga baru serentak seluruh dunia dalam pelbagai bahasa melalui penggunaan Mantra ini.

Penawaran terjemahan ini juga dijangka akan mengurangkan kadar cetak rompak. Pada masa yang sama, ia dikongsikan hanya 2% karya Jepun sahaja yang telah diterjemahkan ke bahasa Inggeris buat masa ini.

Komen