Carian
Figma Memperkenalkan Antaramuka Baharu, Termasuk Sokongan Integrasi AI
June 29, 2024 Aman

Figma merupakan salah satu platform yang digunakan secara meluas dalam arena rekabentuk web dan juga aplikasi. Terbaru, pada minggu ini, Figma telah mengumumkan sejumlah perkara baharu yang akan hadir ke platform mereka, bermula dengan rekabentuk antaramuka yang dikemaskini.

Dipanggil sebagai Figma UI3, ia hadir dengan beberapa pembaharuan dan mesra pengguna baharu, termasuk sokongan elemen yang boleh diubah saiz dengan mudah, selain penyatuan pelbagai elemen dibawah satu panel dalam memudahkan perekabentuk. Antaramuka baharu ini juga akan memberikan lebih fokus terhadap karya pengguna, dan bukannya pada rekaan dan elemen-elemen Figma sendiri.

Disamping itu, Figma juga akan mengintegrasikan sejumlah sokongan kecerdasan buatan janaan dalam memudahkan lagi proses rekabentuk. Anara perkara yang disokong adalah termasuk untuk mencari aset rekaan, menjana teks dalam rekabentuk, dan beberapa perkara lain yang memudahkan dan menjadikan proses rekabentuk lebih pantas. Figma menekankan yang mana mereka mengambil berat berkenaan privasi, dan tidak melatih menggunakan karya pengguna tanpa kebenaran.

Bersama-sama dengan pengumuman ini, Figma turut mengumumkan ciri Figma Slides yang memudahkan pembentangan prototaip aplikasi dan web dilakukan menggunakannya tanpa perlu melakukan rakaman skrin, atau aplikasi lain.

Sejumlah ciri baharu ini telah mula ditawarkan dalam bentuk beta kepada pengguna Figma seluruh dunia.

Komen