Carian
ShopeeFood Kini Diperluaskan Ke Kuching Dan Kuantan
June 30, 2024 Aman

ShopeeFood, iaitu perkhidmatan penghantaran makanan yang hadir terbina pada aplikasi edagang Shopee telah pun mula memperluaskan perkhidmatan mereka secara berperingkat mengikut bandar. Terbaru, ShopeeFood mengumumkan pengenalan perkhidmatan penghantaran makanan mereka di Kuching, Sarawak dan juga Kuantan, Pahang.

Pengenalan di kedua-dua bandar ini juga sekaligus memperlihatkan kemasukkan ShopeeFood secara rasminya di kedua-dua negeri berkenaan.

Bagi penduduk di Kuching dan juga Kuantan, anda boleh membuka aplikasi Shopee, dan melihat ikon ShopeeFood padanya. Seterusnya, anda boleh memasuki halaman ShopeeFood, memasukkan alamat dan mula membuat pelbagai tempahan makanan yang akan dihantar terus ke rumah atau pejabat anda.

Selari pengenalan di kedua-dua bandar ini juga, pihak ShopeeFood menyediakan baucar promosi khusus yang memberikan potongan 50% untuk sehingga RM8 untuk pembelian awal. Anda boleh mendapatkan baucar berkenaan di halaman ShopeeFood Kuching dan juga ShopeeFood Kuantan hari ini.

Komen