Carian
CelcomDigi, Maxis, U Mobile, Dan YTL Mendapatkan Pegangan Berjumlah 65.1% Pada DNB
June 30, 2024 Aman

Digital Nasional Berhad kini mengumumkan yang mana empat syarikat telekomunikasi utama telah pun menyelesaikan perjanjian pengambilan saham, sekaligus setiap syarikat mendapatkan pegangan berjumlah 16.3% pada DNB.

DNB Digital Nasional

Empat syarikat yang mendapatkan pegangan adalah CelcomDigi melalui Infranation Sdn Bhd, Maxis Broadband Sdn Bhd, U Mobile Sdn Bhd, dan juga YTL Power International Bhd melalui YTL Communications Sdn Bhd. Buat masa ini, hanya Telekom Malaysia yang masih belum menyelesaikan perjanjian pengambilan saham ini.

Pada awalnya, setiap syarikat dijangka mengambil pegangan sebanyak 14%, namun disebabkan penangguhan Telekom Malaysia, maka setiap syarikat kini mendapatkan pegangan berjumlah 16.3%. Bagi saham dipegang oleh wakil Kementerian Kewangan berjumlah 34.9%. Penyertaan Telekom Malaysia yang dijangka diselesaikan sekitar penghujung Ogos, akan membawa kepada penurunan pegangan MOF Inc (Kementerian Kewangan) kepada 30%, sementara syarikat telekomunikasi akan mempunyai pegangan berjumlah 70%.

Lanjutan daripada ini, syarikat telekomunikasi dijangka akan melakukan cadangan berkenaan siapa yang akan kekal dalam DNB, dan siapa yang akan menjual pegangan mereka untuk membentuk penyedia perkhidmatan 5G kedua negara.

Komen