Carian
Slack Akan Padam Kandungan Selepas Setahun Untuk Pelanggan Percuma
June 30, 2024 Aman

Slack kini mula memaklumkan para pengguna pelan percuma, menyatakan Slack akan mula padam kandungan selepas setahun untuk pelanggan versi percuma. Sebagai alternatif, sekiranya ingin menyimpan kandungan selepas tempoh setahun, pengguna perlu melanggan kepada pelan berbayar Slack.

Slack menyatakan polisi baharu ini akan dikuat-kuasa bermula 26 Ogos 2024 kelak.

Untuk makluman, Slack memperlihatkan mesej dan fail yang dimuat-naik sehingga ke 90 hari terakhir untuk pengguna pelan percuma, tetapi mesej-mesej lama disimpan dan tidak dipadam. Ini sekaligus membolehkan anda mengakses semua mesej lama apabila membuat peralihan ke pelan berbayar. Namun, dengan perubahan ini, pengguna hanya akan dapat mengakses sehingga ke setahun kebelakang sahaja.

Dengan langkah ini, ia mungkin membuatkan lebih ramai beralih ke pelan berbayar Slack, atau mungkin akan beralih ke platform lain sepenuhnya.

Komen