Carian
Infinix Zero Book Ultra AI PC Dilancarkan Dengan CPU Intel Core Ultra
July 1, 2024 Amy Maizuraa

Infinix melancarkan komputer riba baharu Zero Book Ultra AI PC di India. Sekaligus menandakan kemasukan Infinix ke dalam pasaran siri komputer riba yang mampu menjalankan beberapa ciri kecerdasan buatan secara terbina pada mesin. Ia juga didatangkan dengan kemasan tubuh yang kemas daripada logam yang dihiasi warna perak. Dengan CPU Intel Core Ultra

Mulakan dengan saiz skrin adalah sebesar 15.6″ FHD dengan nisbah aspek 16:9 dan kecerahan puncak 400nits. Ia kemudiannya dijana cip pemproses sehingga Intel Core Ultra 9 dan GPU Intel ARC (Ray Tracing with XeSS). Diikuti dengan pilihan memori sehingga 32GB LPDDR5X RAM, storan mencapai 1TB PCIe 4.0 SSD dan sistem penyejukan Ice Storm Dual Fan dengan sokongan dwi-kipas terbina sebagai pelengkap.

Terdapat juga ciri berasaskan AI disediakan yang termasuk BeautyCAM dengan kebolehan menjejak wajah dan mengaburkan bahagian latar belakang secara automatik untuk pengalaman telesidang lebih baik. Selain turut memuatkan empat pembesar suara terbina untuk pengalaman audio lebih jelas. Pilihan I/O ialah port USB-C, USB 3.0, bicu audio 3.5mm dan HDMI. Komputer riba ini dijual dengan harga permulaan Rs. 59,990 (~RM3,390) sebuah.

Komen