Carian
Sony Akan Menamatkan Pengeluaran Media Optikal – 250 Pekerjaan Terkesan Setakat Ini
July 1, 2024 Nazrin

Sony adalah salah satu daripada beberapa syarikat teknologi yang masih lagi menghasilkan media optikal seperti CD-R, DVD-R dan BD-R untuk pengguna, tetapi perkara ini nampaknya akan ditamatkan tidak lama lagi, kerana terdapat laporan tempatan yang mengatakan bahawa Sony akan memecat seramai 250 orang pekerja dari kilang mereka di Miyagi, Timur Laut Jepun.

Laporan The Mainichi mengatakan bahawa sebanyak 250 pekerjaan yang akan terkesan, sebagai sebahagian daripada pelan Sony untuk menutup bahagian pengeluaran media optikal CD-R, DVD-R dan BD-R mereka. Laporan sama mengatakan bahawa pengilangan medium optikal untuk tujuan media seperti filem, siri televisyen dan permainan video tidak akan terkesan, dan hanya medium optikal kosong yang akan dihentikan.

Pilihan Sony untuk menutup sebahagian daripada perniagaan media optikal ini dilihat agak mengejutkan, tetapi mungkin kerana permintaan untuk media sebegini dilihat semakin berkurangan, ia mungkin satu keputusan yang dibuat kerana pasaran yang merudum.

Komen