Carian
Apple Dilaporkan Telah Mulakan Pembangunan iOS 19
July 1, 2024 Aman

Apple baru sahaja memperkenalkan iOS 18 secara rasminya beberapa minggu lepas, dan menyasarkan pengenalannya kepada umum sekitar September atau Oktober kelak kepada pengguna iPhone. Namun, ini tidak menghentikan pihak Apple daripada memulakan pembangunan generasi seterusnya untuk sistem operasi mereka.

Menurut laporan Bloomberg, Apple telah memulakan pembangunan untuk sistem operasi iOS 19, macOS 16, watchOS 12, dan juga visionOS 3. Ke semua sistem operasi ini akan diperkenalkan pada 2025 – mengikut jadual seperti biasa. Walaupun pembangunannya dimulakan mungkin dilihat awal, tetapi ia dikatakan ini adalah jadual biasa pembangunan dalam syarikat tersebut.

Apple pada tahun ini sedia memulakan integrasi kecerdasan buatan pada sistem operasi mereka, dan mungkin kita akan melihat integrasi lebih menyeluruh pada tahun hadapan. Dengan perkembangan ini, mungkin kita juga akan mendengar beberapa ciri baharu yang disasarkan pada iOS 19 dalam bulan-bulan akan datang.

Komen