Carian
Vivo Y28s 5G Berharga Bermula RM799 Di Malaysia
July 1, 2024 Amy Maizuraa

Pengguna di Malaysia mempunyai pilihan peranti baharu melalui Vivo Y28s. Ia dipasarkan sebagai peranti kelas permulaan dengan 5G terbina yang dijana cip MediaTek Dimensity 6300. Ciri lain yang turut diberi tumpuan ialah kemasan serba moden, storan dalaman besar dan kamera utama 50MP.

Berkongsi selebihnya peranti ini didatangkan dengan tubuh bersisi rata bersama panel hadapan sejenis berlubang. Skrin LCD HD+ sebesar 6.56-inci digunakan menyokong kadar segar semula 90Hz. Ini dipadankan dengan cip MediaTek Dimensity 6300, memori sehingga 8GB RAM dan storan mencapai 256GB dengan sokongan kad MicroSD. Selain turut memuatkan bateri 5000mAh yang boleh dicas melalui port USB-C dan pengecasan 15W.

Tetapan kamera pula terdiri dengan 50MP utama dan 8MP untuk swafoto. Lain-lain spesifikasi ialah pengimbas cap jari terbina di sisi, kalis air IP64 dan bluetooth 5.4. Bagi yang berminat peranti boleh didapati bermula RM799 (6/128GB) dan RM999 (8/256GB) sebuah.

Komen