Carian
Oppo Reno12 F Rasmi Dengan Dimensity 6300 – Melepasi Pengesahan SIRIM Di Malaysia
July 1, 2024 Amy Maizuraa

Rangkaian telefon pintar Oppo diberi tambahan baharu melalui pengenalan Reno 12 F. Ia dilihat berbeza dengan siri Reno12 yang lain dari aspek rekaan namun masih mengekalkan sejumlah hal yang menarik. Misalnya seperti keupayaan mod potret dengan AI diikuti juga kapasiti bateri yang besar.

Oppo Reno 12 F dilengkapi skrin 6.67-inci OLED FHD + (1080 x 2400)dengan kadar segar semula 120Hz. Ia juga dijana dengan cip Dimensity 6300, memori 12GB RAM LPDDR4X dan storan dalaman 256GB UFS 2.2. Diikuti juga bateri sebesar 5000mAh yang menyokong pengecasan pantas 45W.

Tri-kamera utama digunakan terdiri dengan 50MP + 8MP ultra-lebar + 2MP makro dan kamera hadapan pula sebesar 32MP. Terdapat juga sejumlah fungsi yang mengintegrasikan AI terbina seperti AI Eraser 2.0 yang boleh mengesan elemen atau objek yang tidak dimahukan dalam gambar dan menghilangkannya. Kemudian AI LinkBoost untuk sambungan yang lancar dan stabil. AI Smart Image Matting 2.0 pula boleh digunakan untuk membuat pelekat ringkas dan AI Studio untuk hasil gambar potret lebih artistik.

Lain-lain spesifikasi ialah pengimbas cap jari sisi, bluetooth 5.3 dan kalis air IP64. Semakan kami turut mendapat peranti telah melepasi laman pengesahan SIRIM sejak 30 Mei yang lalu. Sekaligus menandakan pelancaran di Malaysia boleh diadakan dalam masa terdekat.

Komen