Carian
Samsung Health Kelak Turut Boleh Memberi Amaran Mengenai Alahan Ubat
July 1, 2024 Fahim Zahar

Hari ini, ciri menarik pada Samsung Galaxy Ring telah terdedah melalui aplikasi Samsung Health. Selain menyokong ciri sama pada sepasang jam tangan pintar, cincin ini turut boleh menjejak dengkuran ketika tidur. Satu lagi ciri baharu yang akan tiba pada Samsung Health adalah ciri menjejak ubat-ubatan yang lebih baik.

Tahun lepas, Samsung Health telah dikemaskini dengan ciri Medication untuk menjejak pengambilan ubat preskripsi dengan amaran mengenai kesan sampingan seakan Apple Health. Ciri baharu ini adalah lebih hebat kerana turut boleh memberi amaran kepada pengguna mengenai alahan terhadap ubat-ubatan. Cara penggunaan yang lebih kurang sama sebelum ini, di mana setiap butiran ubat boleh diimbas sendiri atau dimasukkan secara manual.

Selain peringatan dan amaran mengenai kesan sampingan, ciri baharu ini akan memberi pengguna pilihan mengenai alahan ubat. Selepas ini setiap kali pengguna makan ubat mengikut peringatan yang telah ditetapkan, beberapa amaran dan peringatan akan diberikan termasuk mengenai ketagihan terhadap ubat.

Komen