Carian
Sarawak Akan Perkenal Pelan Internet Serendah RM20 Sebulan Untuk 1TB, Selain Pelan Mingguan
July 1, 2024 Aman

Sarawak melalui Sarawak Rural Broadband Network (MySRBN), sebuah inisiatif dibawah Sarawak Digital Economy Corporation (SDEC), kini menyasarkan untuk memperkenalkan sebuah perkhidmatan baharu dinamakan MySRBN Home Prepaid Plan pada 7 Julai 2024. Dibawah pelan berkenaan, ia menyasarkan penawaran pelan internet pada harga sangat rendah, sekaligus mengalakkan lebih ramai menyertai arena digital.

Perkhidmatan internet ini akan menawarkan 300MB secara percuma setiap bulan. Sebagai tambahan, untuk terus menggunakannya, pelanggan boleh melakukan langganan tambahan. Dibawah pelan yang bakal ditawarkan, ia akan menawarkan pelan pada harga RM20 sebulan untuk akses data sebanyak 1TB. Disamping itu, pengguna juga dijangka akan diberikan pelan mingguan serendah RM5 seminggu untuk 200GB.

Kebiasaannya, pelan sebegini berharga lebih mahal. Tetapi, di Sarawah, kos sehingga RM50 disubsidi oleh SDEC, sekaligus menjadikan harga langganannya lebih rendah. Dengan perkongsian baharu ini, sama-sama kita nantikan penghujung minggu ini untuk pelancaran rasmi perkhidmatan internet di Sarawak ini.

Komen