Carian
Apple Dijangka Perkenal Integrasi Gemini Pada Apple Intelligence Seawal Tahun Ini
July 1, 2024 Aman

Apple pada pengenalan sokongan kecerdasan buatan dinamakan Apple Intelligence tempoh hari, hanya sokongan integrasi ChatGPT diumumkan. Namun, ketika itu, Apple sedia menyatakan mereka terbuka untuk menambah beberapa perkhidmatan lain pada penawaran mereka.

Terbaru, mengikut laporan Bloomberg, Apple dijangka mengumumkan sokongan Google Gemini mungkin diperkenalkan ketika pelancaran Apple Intelligence kelak pada tahun ini. Ciri berkenaan dijangka diperkenalkan selari dengan iOS 18. Selain Gemini, satu lagi nama yang turut diperkatakan adalah Anthropic.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bagaimanakah proses pilihan akan ditawarkan kepada pengguna. Penawaran Apple Intelligence juga dilihat akan ditawarkan percuma kepada umum pada peringkat awal, sebelum Apple turut melihat untuk menjana pendapatan melaluinya pada masa akan datang.

Apa pun, seperti biasa, sama-sama kita nantikan pengenalan Apple Intelligence terlebih dahulu pada tahun ini, sebelum melihat apakah perancangan Apple seterusnya melalui penawaran berkenaan.

Komen