Carian
InDrive Menyasarkan Pemandu Dibawah Platform Meningkat Sekali Ganda Menjelang Penghujung 2024
July 2, 2024 Aman

InDrive, salah satu platform seru-pandu yang menawarkan kemudahan untuk tawar-menawar harga sebelum bersetuju menggunakannya, kini menyasarkan untuk terus meningkatkan angka pengguna dibawah platform mereka. Pada hari ini, InDrive mempunyai 10,000 pemandu berdaftar dibawah ekosistem mereka.

Untuk makluman, InDrive masih belum ditawarkan di semua bandar lagi buat masa ini. Ia meliputi sejumlah bandar utama, termasuk antaranya adalah Kuala Lumpur, Johor Bahru, Pulau Pinang, Kuching, Miri, Sibu, Bintulu dan juga Kota Kinabalu. Ini sekaligus menjadikan potensi untuk jenama berkenaan berkembang adalah sangat tinggi lagi.

InDrive menawarkan perkhidmatan untuk menempah kenderaan ke destinasi, disamping turut membolehkan pengguna melakukan beberapa perkara melalui aplikasinya, termasuk digunakan untuk melakukan tempahan untuk pekerja rencam pelbagai perkhidmatan.

Komen