Geely telah mengumumkan kejayaan membina bateri untuk kenderaan elektrik (EV) yang boleh digunakan sehingga 50 tahun atau bersamaan dengan 3500 kitaran pengecasan dan perjalanan hampir 1 juta km. Bateri Aegis Short Blade Battery juga mempunyai kemampuan dicas sehingga 80% dalam masa 17 minit sahaja.

Aegis Short Blade Battery adalah dari jenis litium besi fosfat (LFP). Ketika cuaca sejak pula, bateri ini hanya akan mengalami kekurangan prestasi sekitar 10% sahaja berbanding bateri sedia ada yang berkurangan sehingga 20%. EV pertama yang akan dilengkapi bateri Aegis Short Blade Battery ini ialah Galaxy E5.
Sekiranya apa yang dijanjikan Geely ini adalah tepat, ia menyelesaikan isu bateri EV yang hanya bertahan antara 10-15 tahun. Kos menggantikan bateri adalah mahal serta mewujudkan masalah lambakan sampah serta risiko kebakaran jika tidak dilupuskan dengan sempurna.