Carian
Apple iPhone X, HomePod Dan AirPods Generasi Pertama Kini Dikategorikan Sebagai Usang
July 2, 2024 Fahim Zahar

Saya tahu masih ramai yang setia dengan iPhone X. Dukacita dimaklumkan, Apple telah mengklasifikasikan peranti ini sebagai usang (obselete/vintage). iPhone X dilancarkan pada November tahun 2017, kali pertama Apple memperkenalkan tiga model berbeza serentak. iPhone ini juga tidak lagi menerima kemas kini dengan versi terakhir adalah iOS 16.

Selain iPhone X, Apple turut menambah dua lagi peranti dalam kategori usang ini iaitu AirPods generasi pertama dan juga HomePod generasi pertama. AirPods kali pertama diperkenalkan pada tahun 2016 dan dihentikan pada tahun 2019. Sementara HomePod pula dilancarkan pada tahun 2017 dan dihentikan pada tahun 2021. Dengan peranti telah dimasukkan dalam kategori usang, Apple tidak lagi akan mengeluarkan alat ganti dan menawarkan sebarang khidmat bantuan pelanggan.

Apple Homepod

Bagi yang berminat dengan peranti seakan iPhone X, iPhone XR/XS/XS Max masih menerima kemas kini iOS 18. Kemudian di Malaysia, HomePod dan HomePod Mini turut telah dijual dengan harga bermula RM529. Jika anda berminat dengan AirPods model generasi kedua masih dijual pada harga RM629, generasi ketiga dengan MagSafe pula berharga RM829.

Komen