Carian
Kehadiran Siri Realme 13 Pro 5G Diacah Secara Rasmi
July 2, 2024 Amy Maizuraa

Realme mula mengacah kehadiran peranti baharu di bawah siri nombornya. Ia dikenali sebagai Realme 13 Pro 5G dan bakal tiba di India tidak lama lagi. Ia juga akan menjadi peranti terawal yang mengintegrasi AI dalam fotografi bertujuan untuk penghasilan gambar yang lebih menarik.

Melaluinya juga memungkinkan Realme mampu membuka pintu kepada pelbagai kebolehan dalam fotografi telefon pintar. Dalam masa sama memberi peluang kepada pengguna untuk berkarya dan melontarkan idea dengan lebih bebas tanpa sekatan misalnya.

Tidak banyak yang diketahui berkenaan perkakasan dalaman peranti ini tetapi secara lazimnya berpotensi dipasarkan dalam segmen kelas pertengahan. Imej rasmi turut menunjukkan peranti akan mempunyai bonggol kamera bulat di bahagian tengah bersama penjenamaan HYPERIMAGE+’ disertakan.

Terdapat juga laporan mendakwa bahawa peranti ini telah ditemui melalui beberapa laman pensijilan dengan nombor model RMX3989. Spekulasi awal mengatakan peranti juga boleh menggunakan kamera telefoto 50MP (IMX882) dengan kemampuan zum tinggi. Kemudian cip Snapdragon 7s Gen 3 turut boleh menjana peranti ini. Kita boleh menjangkakan lebih banyak butiran boleh didedahkan dari masa ke semasa.

Komen