Carian
Amazon Perkenal “Gaming Zone”, Gedung Maya 3D Membeli Pelbagai Produk Permainan
July 2, 2024 Fahim Zahar

Laman e-dagang Amazon hari ini telah memperkenalkan gedung permainan maya dalam bentuk 3D. Ia dilihat ingin memberi pengunjung pengalaman imersif yang interaktif dan menawarkan pelbagai produk dalam kategori permainan seperti konsol permainan, arked dan banyak lagi.

Terdapat beberapa kategori utama ditawarkan seperti Puzzel & Strategy Games, Action & Adventure Games, Role Playing Games dan Sports & Racing Games. Gedung maya 3D ini adalah seakan sebuah kedai di tepi pantai dengan pelbagai sudut khas. Pengguna boleh menerokai kedai ini dengan pengalaman 3D seakan menggunakan Google Maps.

Selain permainan-permainan untuk konsol atau mesin arked, pelbagai aksesori gaming pihak ketiga turut ditawarkan. Beberapa aksesori dan pilihan minuman bertenaga turut dipaparkan di dalam gedung ini. Ketika artikel ini ditulis, Amazon menyenaraikan sebanyak 118 produk di dalam kedai ini.

Komen