Carian
Touch n Go eWallet Menambah Sokongan Pelaburan Emas – Namun Tidak Patuh Syariah
July 2, 2024 Aman

Touch n Go eWallet hari ini secara rasminya mengumumkan pengenalan sokongan pelaburan emas melalui platform mereka. Dengan integrasi ini, para pengguna boleh melakukan pelaburan pada emas terus menggunakan dompet digital berkenaan – pada harga serendah RM10.

Pengguna boleh melakukan pembelian dan penjualan terus melaluinya – dan turut melihat pada harga tukaran semasa menggunakan aplikasi berkenaan. Proses pembelian dilakukan menggunakan baki pada dompet digital Touch n Go eWallet terus, tanpa perlu menghubungkan sebarang kad dan sebagainya.

Walaubagaimanapun, untuk makluman, penawaran ini tidak mesra syariah. Hal ini kerana emas berkenaan ditawarkan dalam bentuk digital sahaja, dan tidak boleh ditawarkan dalam bentuk emas fizikal. Touch n Go eWallet menyatakan mereka sedang mengusahakan pengenalan penawaran mesra syariah bersama CIMB dalam masa akan datang.

Untuk mengakses ciri ini, pengguna hanya perlu memilih pilihan menu e-Mas pada Touch n Go eWallet.

Komen