Carian
Spotify Menguji Ciri Memberi Amaran Kecemasan Untuk Negara Sweden
July 2, 2024 Fahim Zahar

Spotify banyak menguji ciri dan fungsi pada platform penstriman audio mereka. Terbaru yang paling aneh adalah amaran kecemasan. Ciri ini dikatakan boleh memberi amaran kepada pengguna ketika masing-masing sedang leka menstrim muzik, podsiar atau video.

Contoh amaran gempa bumi dalam peranti Android stok

Amaran kecemasan ini dikatakan khusus untuk negara Sweden, iaitu negara asal-usul di mana Spotify dibangunkan. Amaran ini boleh memaklumkan sebarang maklumat kemalangan, apa-apa gangguan perkhidmatan dan juga bencana yang serius. Berikut adalah mesej yang akan diterima pengguna pada aplikasi Spotify;

  • “Emergency alerts in Sweden”
  • “Receive public emergency alerts”
  • “Important public announcement, IPA, is the system used to alert the public in Sweden in the case of accidents, serious events, or disruptions of important services”
  • “Visit the Swedish Civil Contingencies Agency site for more information”

Perkara ini aneh kerana kerajaan Sweden tidak mewajibkan perkhidmatan penstriman menyertakan ciri memaklumkan amaran kecemasan kepada pengguna. Ini berbeza dengan idea kerajaan Amerika Syarikat yang ingin menyertakannya agar rakyat mereka tidak leka dengan perkhidmatan penstriman jika berlaku kecemasan.

Komen