Carian
Telegram Kini Memudahkan Pengguna Membuat Carian Stories Melalui Lokasi Dan Tanda Tagar
July 2, 2024 Amy Maizuraa

Perkongsian stories di aplikasi Telegram cenderung lebih menarik dengan beberapa kemaskini baharu. Melalui fungsi Search Stories by Location dan Search Stories by Hashtag, pengguna boleh melakukan carian stories dengan mudah melalui tag lokasi dan tanda tagar disertakan.

Ia boleh dianggap menarik yang memungkinkan pengguna berkongsi pelbagai pengalaman menarik berkenaan sesuatu acara, majlis dan sebagainya dengan kenalan masing-masing. Dalam masa sama membuka peluang kepada para pencipta kandungan untuk berinteraksi dengan yang lain secara lebih aktif sambil meluaskan pengaruh masing-masing.

Penggunaannya adalah cukup mudah dengan hanya tekan pada tag yang disertakan kemudian pengguna boleh melihat pelbagai kandungans stories dengan tag yang sepadan. Namun perlu ditegaskan bahawa hanya kandungan stories yang ditetapkan sebagai umum sahaja yang boleh diakses. Jika sebaliknya sudah tentulah tidak akan muncul sama sekali.

Mini App Bar

Kemaskini lain yang turut diperkenalkan termasuklah Mini App Bar yang menyediakan bar khusus untuk menjalankan beberapa aplikasi secara serentak. Kemudian memudahkan proses bertukar ganti diantara aplikasi dengan cepat dan lancar. Pengguna turut boleh menjana wang tambahan dengan menyiarkan kandungan eksklusif yang hanya dapat dilihat oleh mereka yang membayarnya menggunakan Telegram Stars. Pengguna berbayar pula boleh menambah pautan khusus pada kemaskini stories sambil mencipta pratonton menarik termasuk kebolehan mengubah latar belakang.

Komen