Carian
Google Keep Untuk Peranti Skrin Besar Kini Menyokong Penggunaan Dua Akaun Serentak
July 2, 2024 Fahim Zahar

Google Keep sehingga hari ini masih menjadi aplikasi mengambil nota harian saya. Ia bukan sekadar menyokong akses secara rentas-platform tetapi turut boleh mengakses nota dari pelbagai akaun berbeza. Terbaru, khusus untuk pengguna peranti dengan skrin bersaiz besar Google Keep mula menyokong penggunaan dua akaun serentak.

Seperti yang kita tahu, Google sedang sibuk meyakinkan pembangun memastikan aplikasi masing-masing menyokong skrin tablet atau skrin besar untuk telefon lipat. Antara ciri yang Google tekankan adalah sokongan paparan multi-tingkap. Kemas kini Google Keep baharu boleh dibuka dalam dua tetingkap secara bersebelahan dengan akaun berbeza. Ciri ini dihadkan kepada pengguna Android sahaja buat masa ini, tidak kira di bawah Workspace atau akan individu.

Google turut mengedarkan ciri ini secara berperingkat kerana pada Oppo Find N3, ciri ini masih tidak kelihatan. Sama-sama kita nantikan lebih banyak aplikasi menyokong paparan multi-tingkap untuk peranti skrin besar.

Komen