Oppo A3 telah dilancarkan di China sebentar tadi dengan ia menawarkan spesifikasi kelas pertengahan. Melaluinya telefon ini menggunakan skrin AMOLED 6.7″ beresolusi 2412 × 1080 piksel dan kadar segar semula 120Hz. Ini digabungkan dengan kemampuan paparan sehingga 1.07 billion dan kecerahan puncak 1200 nits sebagai pelengkap.

Dalaman peranti pula dijana dengan cip Snapdragon 695 5G, memori sehingga 12GB RAM LPDDR4X dan storan dalaman 512GB UFS 2.2. Bateri 5,000mAh juga digunakan yang boleh dicas semula melalui port USB-C dan pengecasan 45W SuperVOOC. Dwi-kamera utama dengan tetapan 50MP + 2MP kedalaman turut dimuatkan pada perant. Diikuti kamera swafoto sebesar 8MP.

Lain-lain spesifikasi termasuklah pengimbas cap jari di skrin, menjalankan Android 14, rangkaian 5G terbina, kalis air IP65 dan sambungan bluetooth 5.1. Peranti dijual dijual dengan harga RMB1599 (~RM1,037), RMB1799 (~RM1,167) dan RMB2099 (~RM1,361) sebuah. Untuk selingan, Oppo A3 Pro baru ditawarkan di Malaysia pada RM1099 dan boleh didapati secara eksklusif melalui CelcomDigi.