Cari @ Amanz

DJI Yang Sedia Popular Dengan Penawaran Dron, Kini Bakal Perkenal Basikal Elektrik

Oleh Aman

Link Copied!

DJI sedia merupakan sebuah jenama popular dengan penawaran pelbagai variasi dron. Kini, selain penawaran dron, DJI juga dilihat memasuki arena basikal elektrik melalui sebuah jenama baharu, Amflow Bikes.

Melalui gambar acah melalui Instagram, DJI memperlihatkan bakal memperkenalkan sebuah basikal elektrik baharu dalam masa terdekat. DJI dijangka memperkenalkan ia secara rasmi, selari EUROBIKE 2023 yang bermula hari ini. Memasuki industri baharu ini juga membolehkan DJI terus memperluaskan jenama dan penawaran premium mereka ke kategori produk lain – apatah lagi kini DJI diancam diharamkan di Amerika Syarikat.

Basikal elektrik ini dilihat akan dikuasakan oleh motor DJI Avinox, dan menggunakan rekaan basikal bukit. Kita juga mungkin melihat integrasi menyeluruh dibawah ekosistem DJI, termasuk melalui aplikasi untuk memantau prestasi penggunaan dan sebagainya. Dengan gambar acah baharu ini, sama-sama kita nantikan lanjut berkenaan pengenalan basikal ini dalam masa terdekat.


Komen ()