Carian
Cip Exynos W1000 Dilancarkan Dengan Teknologi 3nm dan Digunakan Pada Galaxy Watch7
July 3, 2024 Effi Saharudin

Cip Exynos W1000 dilancarkan secara rasmi dengan ia adalah cip 3nm pertama keluaran Samsung. Ini ialah cip yang bakal digunakan pada jam tangan pintar Galaxy Watch7 dan Watch Ultra yang dilancarkan minggu depan.

Pemproses ini hadir dengan konfigurasi satu teras Cortex-A78, empat teras Cortex-A55 serta GPU Mali-G68 MP2. Dengan pemproses lebih berkuasa ini, kemampuan memproses satu teras meningkat sehingga 3.4X dan multi teras pula sehingga 3.7X berbanding cip generasi sebelum ini.

Kemampuan lain cip ini ialah sokongan sistem Always on Display 2.5D yang meningkatkan ketajaman paparan skrin serta paparan warna yang. lebih baik. Sokongan selular 4G LTE dan juga memori LPDDR5 juga boleh disertakan sekali.

Komen