Carian
Apple Menerima Tempat Di Lembaga Pengarah OpenAI Sebagai Pemerhati
July 3, 2024 Effi Saharudin

Apple diberikan tempat di lembaga pengarah OpenAI sebagai pemerhati. Ini adalah sebahagian daripada syarat yang dipersetujui oleh OpenAI bagi membolehkan kecerdasan buatan (AI) mereka ditawarkan di iOS 18, iPadOS 18 dan macOS Sequoia. Phil Schiller yang merupakan ketua bahagian Apple Store dipilih sebagai wakil Apple di lembaga pengarah ini.

Ahli lembaga pengarah sebagai pemerhati memberikan kuasa kepada Apple untuk memberikan maklum balas dan pendapat serta menghadiri mesyuarat syarikat. Namun begitu mereka tidak mempunyai kuasa mengundi seperti lembaga pengarah lain. Selain Apple, Microsoft juga menerima tempat di lembaga pengarah OpenAI sebagai pemerhati.

Kami laporkan sebelum ini OpenAI tidak dibayar oleh Apple untuk perkhidmatan mereka seperti ChatGPT ditawarkan pada produk. OpenAI sekadar berharap pendedahan kepada ciri kecerdasan buatan akan membuatkan pengguna Apple berminat untuk melanggar kepada perkhidmatan berbayar mereka dengan potongan akan turut diterima oleh Apple.

Muncul laporan sebelum ini Microsoft tidak berpuasa hati Apple diberikan akses kepada infrastruktur OpenAI. Microsoft telah melaburkan dana berbilion Dollar sebelum diberikan akses kepada perkhidmatan OpenAI menerusi ciri Copilot.

Komen