Carian
Jerayawara Untuk Siri Oppo Reno12 Kini Berlangsung Sehingga 7 Julai 
July 3, 2024 Rihhadatul Aisy

Bermula hari ini, 3 Julai 2024 OPPO mengadakan jerayawara untuk siri OPPO Reno12 mereka dengan bertemakan taman permainan perak yang pertama di Malaysia. Jerayawara ini akan berlangsung sehingga 7 Julai 2024 di Pavillion Kuala Lumpur Center Court.

Selari dengan jerayawara yang dijalankan ini, pelbagai aktiviti menarik disediakan untuk pengunjung. Antaranya seperti zon interaktif, cabutan bertuah bernilai RM12,000 dan juga reruai yang dihias cantik untuk membolehkan pengunjung mengambil gambar. Menariknya lagi untuk peminat BSS dari pecahan kumpulan kpop Seventeen, terdapat standee ahli kumpulan berkenaan sebagai tarikan untuk tangkapan gambar buat peminat mereka. 

Berita baik juga untuk pengguna yang membeli siri OPPO Reno12 akan layak menyertai cabutan bertuah untuk berpeluang memenangi hadiah daripada OPPO. Ini termasuklah pakej pelancongan ke Korea bernilai RM10,000 dan juga tiket VIP ke Pesta Muzik Borneo Sonic bernilai RM2,000.

Bagi pembeli baharu siri OPPO Reno12 yang telah mendaftar akaun di aplikasi OPPO pula akan berpeluang untuk memenangi hadiah cabutan bertuah Dyson Airstrait Straightener dan baucar percutian bernilai RM1,500. Bagi pengguna aplikasi OPPO sedia ada, anda juga boleh menyertai cabutan bertuah yang dianjurkan. Selain itu, pengunjung akan menerima banyak hadiah percuma apabila membeli siri OPPO Reno12 termasuk kotak hadiah aksesori telefon, kotak hadiah BSS edisi terhad dan pelbagai lagi.

Bagi pengunjung yang hadir, anda boleh memuat naik foto yang diambil sekitar jerayawara ini berlangsung dan sertakan sekali tanda pagar #OPPOReno12Series5G, #OPPORenoSilverPlayground dan #OPPOAIPhone untuk membolehkan anda berpeluang memenangi hadiah kasut edisi terhad daripada Edna Creationz.

Pengunjung yang hadir juga boleh mendapatkan air minuman CHAGEE, baucar diskaun dan sekeping gambar AI secara percuma. Oleh itu, semua pengunjung boleh hadir beramai-ramai untuk menikmati semua tawaran menarik daripada OPPO dan mendapatkan model terbaru daripada siri Reno12 iaitu Reno12 dan Reno12 Pro. 

Komen