Carian
Minesweeper Kini Di Netflix Games – Versi Moden Untuk Permainan Klasik Microsoft
July 3, 2024 Fahim Zahar

Permainan Minesweeper menjadi popular selepas ia diperkenalkan dalam Windows 3.11 pada tahun 1990. Sehingga hari ini Microsoft masih menawarkan permainan ini dengan antaramuka dan tatamain yang lebih moden. Terbaru, Netflix pula ingin menawarkan permainan sama dengan judul sama melalui Netflix Games.

Seperti Minesweeper biasa, tatamain versi Netflix ini turut memerlukan pemain menandakan grid dengan bendera dan perlu berhati-hati mengelak grid dengan bom yang akan mengalahkan pemain. Apa yang unik dengan versi Netflix adalah tatamain yang lebih interaktif seperti tema yang berwarna-warni, ada elemen grafik 3D serta ada mod Journey Mode yang membawa pemain ke pelbagai tahap berbeza mengikut tema pelbagai negara.

Seperti biasa, semua permainan Netflix Games adalah sebahagian daripada langganan bulanan Netflix. Minesweeper ini boleh dimuat turun melalui Apple App Store atau Google Play Store dan akaun permua adalah sama dengan akaun Netflix.

Komen