Carian
Selang Setahun, Threads Kini Mempunyai Lebih 175 Juta Pengguna Aktif Bulanan
July 3, 2024 Aman

Mark Zuckerberg kini berkongsi menyatakan perkhidmatan sosial terbaru mereka, Threads kini mempunyai sekitar 175 juta pengguna aktif bulanan. Angka ini dikongsikan dengan ulang-tahun Threads yang bakal menjelang tiba dalam beberapa hari lagi.

Sebelum ini, Threads telah dilancarkan pada Julai 2023 lepas, memperlihatkan jutaan pengguna berebut mendaftar dalam hanya beberapa jam ia diperkenalkan. Threads dilancarkan dibawah Instagram, membuatkan pendaftaran untuk akaun baharu lebih mudah dan pantas.

Pada hari ini, sejumlah pengguna menggunakan Threads secara aktif, dan terdapat beberapa pengguna yang telah meninggalkan Twitter sepenuhnya dan menggunakan Threads secara aktif.

Bagi anda sendiri, adakah anda aktif menggunakan Threads?

Komen