Carian
Honor Berkongsi Imej Rasmi Magic V3 Kepada Umum
July 4, 2024 Amy Maizuraa

Honor kini berkongsi rekabentuk penuh untuk peranti boleh lipat Magic V3 baharu melalui kemaskini di Weibo. Ia bukan sahaja lebih nipis malahan binaannya yang premium boleh dilihat dengan jelas pada kemasan produk berkenaan. Honor menggunakan padanan panel belakang sejenis kulit dan bingkai logam yang memungkinkan peranti boleh digunakan dengan selesa dalam pelbagai keadaan.

Ia juga mempunyai bonggol kamera utama yang besar seakan Magic6 Pro dengan tiga sensor disediakan bersama. Salah satu daripadanya berbentuk empat segi yang memberi gambaran ia mungkin mempunyai kemampuan zum yang tinggi. Jika dilihat dengan teliti bahagian sisi peranti hanya menempatkan butang kuasa dan laras audio sahaja. Sekaligus menjadi petanda awal bahawa Magic V3 boleh dilengkapi pengimbas cap jari di skrin lantas menjadi salah satu peningkatan menarik berbanding Magic V2.

Honor Magic V2

Masih belum jelas mengenai perkakasan dalaman. Namun Magic V3 didakwa boleh dijana dengan cip Snapdragon 8 Gen 3, bateri 5500mAh lebih besar, kamera utama 50MP dan sokongan sambungan satelit.

Komen