Carian
Game Boy Camera Kelak Boleh Digunakan Sebagai Kamera Web Dengan Dermaga Khas
July 4, 2024 Fahim Zahar

Menggunakan produk vintaj sekarang adalah satu trend yang menarik kerana orang ramai kembali menghargai teknologi masa lalu. Bagi peminat Game Boy, anda pasti tahu akan kewujudan pelbagai pelagak sama ada dalam iOS atau juga konsol keluaran China. Bagi yang ingin terus bermain permainan asli menerusi katrij, GB Opeator adalah dermaga yang baik.

GB Operator membenarkan pengguna bermain permainan Game Boy, Game Boy Color, dan Game Boy Advance menggunakan katrij asli di komputer. Ia menggunakan aplikasi Playback yang memanfaatkan kod sumber terbuka pelagak mGBA. Akan datang, Epilogue iaitu syarikat di sebalik GB Operator akan memberi kemas kini untuk menyokong penggunaan Game Boy Camera sebagai kamera web.

Bagi yang menggemari fotografi vintaj seperti menggunakan kamera lama, penuras monokrom, kesan hingar dan lain-lain, Game Boy Camera akan pasti membuatkan orang ramai ketawa tersengih kerana betapa buruknya kualiti kamera tetapi konsep penggunaan yang cool. Bagi yang berminat GB Operator dijual pada harga $49.99 (~RM235) dan turut boleh dihantar ke Malaysia.

Komen