Carian
Sony Mengacah Kehadiran Kamera Baharu Pada 10 Julai 2024
July 4, 2024 Amy Maizuraa

Terdapat kamera digital baharu daripada Sony akan dilancarkan pada 10 Julai 2024. Perkara itu disahkan oleh Sony melalui perkongsian di media sosial rasmi sejak semalam. Namun tidak pula memperincikan dengan lebih lanjut mengenai nama model dan perkakasan dalaman produk berkenaan.

Meskipun demikian, penawaran kali ini diyakini mampu meneruskan keupayaan siri tersebut dengan teknologi lebih mengagumkan. Dalam masa sama, Sony menjanjikan sesuatu lebih menarik khususnya dalam keupayaan menghasilkan kandungan berkualiti tinggi untuk pelbagai tujuan. Menjengah ke ruangan komen, ada juga yang mengaitkan ia boleh menjadi pengenalan untuk Sony ZV-E10 II yang mungkin akan menggantikan ZV-E10 sebelum ini. Maklumat lebih lanjut mengenai kamera misteri ini akan diketahui pada hari pelancarannya kelak.

Komen