Carian
OnePlus Kembali Menggunakan Tubuh Logam, Mungkin Untuk Nord 4
July 4, 2024 Fahim Zahar

Sudah bertahun pengeluar peranti tidak menawarkan peranti dengan tubuh logam. Sekarang semuanya ingin kaca, plastik, aluminium atau gabungan pelbagai bahan berbeza untuk nilai premium tersendiri. OnePlus baru-baru ini mengacah yang Nord akan datang menggunakan bahan binaan logam.

Perkongsian OnePlus India di X menyatakan “Logam dikimpal dengan keberanian”, memberi petanda yang peranti baharu Nord baharu menggunakan logam pada tubuh. Boleh juga yang yang OnePlus telah membangunkan bahan binaan baharu yang unik seperti kemasan logam tetapi bahan utama lain. Sumber turut berkongsi imej dari peniris mendakwa yang imej ini adalah peranti OnePlus Nord 4.

Jika benar, ia kelihatan seakan logam pada bingkai peranti, seakan kaca atau plastik pada bahagian bonggol kamera dan ada penggunaan dwi-tona kerana bahagian bawah kamera kelihatan seakan hitam kusam. Peranti ini dikatakan menggunakan skrin 6.74-inci OLED Tianma U8+, 1,5K + 120Hz, dijana Snapdragon 7+ Gen 3, bateri 5500mAh dengan pengecasan 100W, kamera 50+8 di belakang dan 16MP di hadapan. Sama-sama kita nantikan maklumat lanjut mengenai peranti ini tidak lama lagi.

Komen