Carian
Realme C65 Rasmi Di Malaysia Dengan Harga RM699
July 4, 2024 Amy Maizuraa

Realme C65 telah dilancarkan secara rasmi di Malaysia sekaligus memberi pengguna pilihan baharu untuk peranti mampu milik. Ia dijual pada RM699 dengan pilihan warna Starlight Purple dan Starlight Black. Ketersediaan adalah melalui laman web, kedai serta pengedar rasmi Realme Malaysia bermula 5 Julai 2024.

Untuk spesifikasi Realme C65 menggunakan skrin sebesar 6.67-inci digunakan dengan kadar segar semula 90Hz. Ia juga dijana dengan cip MediaTek Helio G85 yang bermakna tiada sokongan 5G diberikan. Pilihan memori terdiri dengan 8GB RAM dan storan dalaman 256GB selain dimuatkan juga bateri 5000mAh yang menyokong pengecasan 45W.

Tetapan kamera pula terdiri dengan 50MP + 2MP untuk utama dan swafoto sebesar 8MP. Peranti juga menawarkan fungsi tambahan lain yang termasuk Dymanic Button, Mini Capsule 2.0 dan Air Gestures untuk pengalaman lebih baik. Diikuti dengan pelancar baharu Realme UI 5.0 dan penarafan kalis air IP54 yang turut melengkapinya.

Komen