Carian
Ubat Menguruskan Badan Seperti Ozempic Boleh Meningkat Risiko Buta
July 4, 2024 Effi Saharudin

Ubat merawat diabetes jenis-2 seperti Ozempic dan Semaglutide mempunyai kegunaan sekunder sebagai ubat mengurangkan berat badan dengan pantas. Ia amat popular di kalangan selebriti barat sehingga menyebabkan berlalu kekurangan bekalan dan pesakit diabetes sukar mendapatkan rawat. Kini penyelidik dari Harvard Medical School dan Mass Eye and Ear mengeluarkan laporan kedua-dua ubat ini meningkatkan risiko buta pada pengambil.

Neuropati Optik Iskemia Anterior Bukan Arteritik (NAION) ialah penyakit yang memyebabkan mata menjadi buta secara perlahan-lahan. NAION ialah penyakit yang tidak berlalu dengan kerap tetapi dihidapi oleh 46 daripada 1700 individu yang mengambil ubat dengan bahan aktif glucagon-like peptide 1 (GLP-1) seperti Ozempic dan Semaglutide.

Kadar penyakit ini berlaku pada pengambil GLP-1 adalah sehingga tujuh kalu ganda lebih tinggi daripada biasa dan penyelidik mengeluarkan teori terdapat perkaitan antara pengambilannya dan penyakit NAION. Berita baik di sini hanyalah NAION hanya berlaku pada mereka yang mengambil ubat untuk menguruskan badan serta merawat obesiti. Tiada pesakit dikesan di kalangan mereka yang menghidap diabetes jenis-2.

Sungguhpun kajian telah dilakukan, penyelidik masih merasakan kajian dengan sampel lebih besar perlu dilalukan bagi benar-benar melihat kaitan pengambilan GLP-1 dengan risiko NAION. Kertas kajian diterbitkan dalam jurnal JAMA Ophtomology.

Komen