Carian
Kerajaan Bakal Perkenal Aplikasi Khusus Untuk Pembeli Dan Pemaju Hartanah Pada 2025
July 4, 2024 Aman

Kerajaan melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan kini berkongsi menyatakan sedang membangunkan sebuah aplikasi “superapp” khusus untuk digunakan oleh pemaju hartanah, pembeli dan juga arkitek, dan dijangka dilancarkan pada tahun depan, 2025.

PM bersama Nga Kor Ming

Melaluinya, ia akan memudahkan para pengguna dalam melakukan semakan berkenaan latar belakang pemaju, selain pada masa yang sama membolehkan pengguna mengetahui akan latar belakang kawasan kediaman baharu yang akan dibina. Aplikasi tersebut dijangka akan menghimpunkan pelbagai data melaluinya, termasuk membantu pemaju dalam menilai kesesuaian jenis projek perumahan untuk dibina.

Buat masa ini, ia tidak diketahui sama ada data kerajaan tempatan, termasuk data seperti bilangan sekolah, balai polis, hospital dan sebagainya turut akan disertakan atau sebaliknya. Apa pun, sama-sama kita nantikan pengenalan aplikasi ini yang akan memudahkan sejumlah perkara berkaitan hartanah di Malaysia ini.

Komen