Carian
Kerajaan Pertimbang Mengecualikan Bayaran Parkir PBT Untuk Kereta Elektrik
July 4, 2024 Aman

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming kini dipetik mengatakan kerajaan sedang mempertimbangkan pengecualian bayaran parkir milik pihak berkuasa tempatan (PBT), khusus untuk kenderaan elektrik (EV). Langkah ini dijangka akan meningkatkan lagi kadar penggunaan EV, terutamanya di bandar.

Buat masa ini, kementerian sedang berbincang dengan beberapa majlis perbandaran tempatan dalam membincangkan lanjut berkaitan cadangan ini. Cadangan ini dalam proses pertimbangan, lanjutan daripada pengumuman kerajaan akan perkenalkan plat khas untuk EV tidak lama lagi.

Sebelum ini juga, beberapa inisiatif telah diumumkan dalam menggalakkan penggunaan EV di Malaysia, termasuk pengurangan cukai jalan untuk EV sehingga 85% berkuat-kuasa 2026. Mengikut data kerajaan, terdapat sekitar 41,158 EV telah didaftarkan sejak tahun 2000 yang lepas di Malaysia.

Komen