Carian
Lukisan Figuratif Tertua Dunia Berusia 51,2000 Tahun Ditemukan Di Indonesia
July 5, 2024 Effi Saharudin

Tiga tahun yang lalu, lukisan figuratif tertua dunia telah ditemukan di Sulawesi Indonesia dengan anggaran usianya sekitar 45,500 tahun. Minggu ini penemuan lukisan figuratif yang lebih tua telah diumumkan dengan ia dianggarkan berusia sekitar 51,200 tahun. Ini sekaligus mengubah pemahaman kini tentang bilakah manusia mula menghasilkan karya seni kreatif.

Lukisan ditemukan di dalam gua yang terletak di Bukit Karampuang, Sulawesi pada tahun 2017 oleh Oki Amrullah, seorang Pengawal Warisan Budaya. Ia memaparkan figura tiga orang manusia memburu babi dengan senjata seakan tombak. Ia memaparkan cerita manusia memburu dan ini adalah berbeza dengan ukiran pada batu dan cetakan tapak tangan yang juga ditemukan pada dinding gua.

Hanya selepas kajian dilakukan oleh Badan Riset dan Inovasi Nasional (BRIN), usia sebenar lukisan ini berjaya disahkan dengan mengambil sampel yang dipotong menggunakan laser.

Jika anda ingin melihat lukisan tertua dunia yang dihasilkan oleh tangan manusia, anda perlu pergi ke Gua Blombos di Afrika Selatan yang dianggarkan berusia 75,000-100,000 tahun. Ia memaparkan corak geometri yang diukur pada permukaan batu. Lukisan figuratif menunjukkan perkembangan manusia dalam bidang seni bermula dari corak asas sebelum menghasilkan lukisan abstrak seperti di Sulawesi ini.

Komen