Carian
Tesla Menambah Ciri Kawalan Ibu Bapa Yang Mengehadkan Kelajuan Kenderaan
July 5, 2024 Fahim Zahar

Minggu ini, kereta-kereta Tesla telah mula menerima kemas kini 2024.26. Menariknya Tesla telah menambah sokongan YouTube Music, Amazon Music, kawalan ibu bapa baharu, paparan cuaca dan kualiti udara, dan banyak lagi.

Perkara paling menarik perhatian adalah ciri kawalan ibu bapa. Ibu bapa yang ingin memberi anak-anak mereka meminjam kereta Tesla, kini boleh menetapkan had kelajuan yang boleh dipandu, mengaktifkan semua ciri keselamatan seperti amaran had kelajuan, brek kecemasan, amaran kemalangan, had kelajuan untuk ke mod Chill dan mengehadkan kereta boleh dipandu pada waktu tertentu.

Kemas kini lain adalah YouTube Music yang mewajibkan langganan premium dan sentiasa perlu berhubung dengan WiFi. Pemandu turut kini boleh menetapkan jadual pengecasan, serta kini turut boleh tahu cuaca dan kualiti udara terkini.

Komen