Carian
Kadokawa Diserang Penggodam – Perkhidmatan Nicovideo Tergendala Sehingga Kini
July 5, 2024 Nazrin

Salah sebuah syarikat penerbit kandungan kreatif terbesar di Jepun, Kadokawa dilaporkan telah digodam lebih sebulan yang lalu melalui perisian tebusan. Kumpulan penggodam Black Suit dilaporkan telah mengambil tanggungjawab keatas serangan tersebut, dan telah memberi butiran tentang data yang telah dicuri dan dikunci.

Menurut kumpulan tersebut, mereka telah mencuri dan mengunci kira-kira 1.5TB data yang mengandungi pelbagai jenis maklumat sulit seperti kontrak dengan pelanggan, dokumen-dokumen syarikat, butiran pengguna pelbagai platform Kadokawa, butiran peribadi pekerja, data projek, kewangan dan pelbagai

Godaman ini dilaporkan berlaku pada minggu pertama bulan Jun 2024, dan Kadokawa telah diberikan masa sehingga 1 Julai 2024 untuk membayar wang tebusan untuk mengembalikan data-data ini. Kadokawa nampaknya cuba untuk tawar-menawar untuk harga tebusan yang lebih rendah, tetapi tidak diendahkan oleh kumpulan penggodam tersebut.

Dalam pada itu, platform penstriman video dibawah Kadokawa, iaitu Nicovideo juga terkesan dengan serangan ini, dan sebagai akibatnya, platform video tersebut masih lagi tergendala sehingga hari ini dan pautan laman web tersebut akan ditujukan kepada laman blog mereka.

Setakat ini, Kadokawa nampaknya masih tidak dapat mencari sebarang jawapan tentang bagaimana mereka mahu mendapatkan kembali data mereka, dan lebih teruk lagi, kumpulan penggodam sama nampaknya telah mula meniriskan data syarikat tersebut sedikit demi sedikit untuk setiap minggu mereka tidak membayar wang tebusan yang diminta.

Komen