Carian
PC Berbentuk Cybertruck Kini Boleh Dimiliki
July 5, 2024 Effi Saharudin

Tesla Cybertruck ialah trak elektrik yang sedang tular di YouTube tetapi mempunyai pelbagai masalah seperti pedal kuasa, pengelap cermin dan panel tubuh yang tertanggal sehingga menyebabkan ia dipanggil semula oleh Tesla. Ia juga adalah sangat mahal dengan ia ditawarkan di Malaysia pada harga RM1.2 juta.

Ramai tidak mampu membeli Cybertruck sebenar tetapi anda kini boleh membeli PC dengan rekaan trak yang ikonik ini. Xyber XPC ialah PC mini yang dilengkapi APU AMD Ryzen 7 8845HS, memori sehingga 64GB DDR5 dan storan sehingga 4TB SSD PCIe 4.0×4 M.2 2280. Ia turut hadir dengan 1x USB 3.1 Gen 1 Type A, 2x USB-C USB3.1 GEN1, 1x HDMI 2.1 dan 1x bicu audio 3.5mm.

Kerangka Xyber XPC bukan sahaja kelihatan seperti Cybertruck tetapi juga mempunyai pintu yang boleh dibuka, dan lampu LED yang menyala seperti lampu kenderaan sebenar. Bagi yang berminat PC ini sedang mengumpul dana menerusi laman biayasama Indiegogo dengan harga bermula $399 (~RM1879) pada bulan Ogos.

Komen