Cari @ Amanz

Sarawak Dilihat Mempunyai Potensi Besar Dalam Industri Permainan Video

Oleh Aman

Link Copied!

Sarawak sedia mempunyai pembangunan dalam pelbagai industri, dan kini dilihat turut mempunyai potensi besar dalam arena permainan video. Melalui perkongsian Timbalan Menteri Digital, ia dilihat Sarawak mempunyai potensi besar dalam menjadi hab dunia untuk pembangunan dan inovasi permainan video.

Ini disebabkan oleh kedudukan unik Sarawak yang mempunyai gabungan inovasi moden dan juga integrasi kebudayaan dalam pembangunan permainan. Timbalan Menteri menyatakan mereka menyasarkan untuk memperkembangkan lagi potensi industri permainan video di Sarawak melalui pertukaran idea, mempertontonkan teknologi baharu, dan juga menyambut kepelbagaian kebudayaan.

MDEC dijangka akan memberikan sokongan untuk perkara ini melalui penawaran program dan geran untuk memupuk barat, serta mempromosikan pembangunan permainan video tempatan.


Komen ()